Kadar Pengambilan Makanan

Apakah saiz sajian?

Saiz sajian ialah jumlah makanan yang dimakan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.


Apakah yang membentuk sajian?

Jenis Makanan
Satu Sajian
Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi / bihun / kue tiau / pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar / krim
Sayur-sayuran
  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran
Buah-buahan
  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)
Susu dan Produk Tenusu
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

Ref : Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia



Kadar Pemakanan Kanak-kanak Petatih Dan Pra-sekolah.
(2 Tahun Hingga 6 Tahun)

Pada usia 2 tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan kanak-kanak adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Pada tahap usia ini juga, kanak-kanak perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan.


Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak Petatih Dan Prasekolah

Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:

  • Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.

  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.

  • Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.

  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus.


Pemakanan Kanak-kanak Berpandukan Piramid Makanan

  • Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:
Ø    Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.
Ø    Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.
Ø Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
Ø Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.

  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia.

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian
Ø    Beri kanak-kanak lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
Ø   Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada kanak-kanak.
Ø  Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
Ø    Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.
Ø    Kanak-kanak memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran serta ubi
Bilangan hidangan sehari
2 - 3 Tahun
4 - 6 Tahun
1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi
1/2 Capati
1 Cawan bubur
1 Biji sederhana kentang
Keping biskut - Krim Krakers masin
6*
8*
* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis  makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2: Buah dan sayur
Ø     Berikan kanak-kanak lebih makanan daripada kumpulan ini.
Ø    Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada kanak-kanak.
Ø Kanak-kanak perlukan sekurang-kurangnya 2 hidangan setiap hari.                                                       

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi / Satu hidangan buah-buahan
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran
2*
2*
1/2 Biji jambu sederhana
1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai
1*
1*
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
Ø  Kanak-kanak harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana.
Ø     Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral.
Ø    Keperluan untuk kanak-kanak ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian / Satu hidangan hasil tenusu.
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1 Potong sederhana "peha ayam"
1 Ekor ikan kembong sederhana
2 Ketul daging saiz kotak mancis
5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala
Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis
= 1 Biji telur sederhana
= 1 Keping tempe
= 1 Keping tauhu
= 2 Sudu makan mentega kacang
=
1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan
= 4 Ekor udang bersaiz kecil
 2*
 2*
1 Gelas susu
1 Cawan dadih
1 Keping Keju
2 - 3 *
3 *
*Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan
             untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula
Ø      Pastikan kanak-kanak kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.


Cara Menggalakkan kanak-kanak untuk makan

Ibu atau penjaga harus menyelia kanak-kanak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak untuk makan. Di antaranya ialah:

  • Duduk dengan kanak-kanak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa kanak-kanak menikmati hidangan.

  • Berikan masa kepadak anak-kanak menikmati hidangan mereka, jangan terburu-buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.

  • Beri pujian kepada kanak-kanak kerana makan dengan baik.

  • Berikan kanak-kanak makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.

  • Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh kanak-kanak.

  • Jika kanak-kanak memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.

  • Berikan makanan sebaik sahaja kanak-kanak berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera kanak-kanak akan hilang.

  • Jangan beri kanak-kanak makan jika dia mengantuk.

  • Jangan memaksa kanak-kanak untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.

  • Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa kanak-kanak menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.

  • Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera kanak-kanak untuk makan (menyanyi dan bermain).

  • Gunakan sebarang kreativiti dalam menghidangkan makanan kepada kanak-kanak. Ia penting dalam membantu merangsang selera kanak-kanak.

  • Sekali sekala bawalah kanak-kanak makan diluar. Contoh seperti di taman permainan atau di pantai.

  • Galakkan kanak-kanak mengambil snek yang berkhasiat. Contoh snek seperti susu, buah dan sandwich.

  • Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.